Home News Album Contact Ads ChatRoom
Akaun Persatuan Alumni Perantis Putera 17 Malaysia .Maybank Berhad Ac No : 5621 8812 3610. Sumbangan skot semua amat bermakna untuk kesinambungan aktiviti persatuan kita.

 

 

 

 

 

Persatuan Alumni Perantis Putera 17 Malaysia ( APP17) telah diperbadankan di bawah akta persatuan pada 05hb April 2007. Nombor Pendaftaran: 0618-07-WKL .

SIJIL PENDAFTARAN PERSATUAN.

 

 

MATLAMAT PENUBUHAN

 

Masa berlalu begitu pantas hingga tak terasa sudah lebih 20 tahun persahabatan kita terjalin. Namun apa yang tinggal hanyalah secebis memori indah yang akan kita kenang hingga ke akhir hayat kita. Generasi kita iaitu anak-anak kita akan mungkin hanya mendengar cerita kita.

 

Namun alangkah baiknya jika silaturrahim yang sudah terjalin ini dipanjangkan hingga ke anak cucu kita. Sesungguhnya silaturrahim yang kita jalinkan ini tiada penghujungnya. Bukan hanya untuk kita berkongsi memori, namun ada perkara yang lebih penting dari itu yang akan kita perjuang dan pertahankan.

 

Penubuhan Persatuan Alumni Perantis Putera 17 Malaysia (APP17) diharap dapat dimanafaatkan oleh semua sahabat intake 17 serta anak cucu kita.

 

Banyak lagi agenda yang akan kita jalankan bagi mencapai matlamat yang lebih besar dalam persatuan ini. Amat diharapkan kita dapat bersatu hati demi mewujudkan sebuah persatuan yang berjaya dalam segala segi. Semuanya pasti akan dapat kita capai jika setiap dari kita berusaha untuk berjaya. Insyaallah.

 

 

 

Copyrights 2010 abulkhair.net