|
|
Persatuan Alumni Perantis Putera 17 Malaysia
( APP17) telah
diperbadankan di bawah akta persatuan pada 05hb April 2007.
Nombor Pendaftaran:
0618-07-WKL .
SIJIL PENDAFTARAN
PERSATUAN.
|
 |
MATLAMAT PENUBUHAN
Masa berlalu
begitu pantas hingga tak terasa sudah lebih 20 tahun persahabatan kita terjalin.
Namun apa yang tinggal hanyalah secebis memori indah yang akan kita kenang
hingga ke akhir hayat kita. Generasi kita iaitu anak-anak kita akan mungkin
hanya mendengar cerita kita.
Namun alangkah baiknya jika silaturrahim yang sudah terjalin
ini dipanjangkan hingga ke anak cucu kita. Sesungguhnya silaturrahim yang kita
jalinkan ini tiada penghujungnya. Bukan hanya untuk kita berkongsi memori, namun
ada perkara yang lebih penting dari itu yang akan kita perjuang dan pertahankan.
Penubuhan
Persatuan Alumni Perantis Putera 17 Malaysia (APP17) diharap dapat dimanafaatkan oleh semua sahabat intake 17 serta anak cucu kita.
Banyak lagi agenda yang akan kita jalankan
bagi mencapai matlamat yang lebih besar dalam persatuan ini. Amat diharapkan
kita dapat bersatu hati demi mewujudkan sebuah persatuan yang berjaya dalam
segala segi. Semuanya pasti akan dapat kita capai jika setiap dari kita berusaha
untuk berjaya. Insyaallah. |